Thursday, February 23, 2017

Pilihan Terbaik, Cergas atau Kurus?

Disebabkan selepas melahirkan Sara, malas sangat rasanya nak bersenam. Rasa tertekan dengan bermacam-macam benda dan sibuk mengumpul alasan untuk berehat. Daripada 94.5 kg tahun 2013, turun ke 80 kg selepas berpantang dan turun ke 72 kg yang mana macam tak mahu bergerak gerak.

Jadi lepas Raya tahun 2016 (dalam bulan 6), gatal tangan daftarkan diri untuk Full Marathon Borneo International Marathon (BIM). Lagipun bak kata pepatah, FIND A DREAM THAT SCARES YOURSELF. Nampaknya setakat 21 km dah tak menakutkan, jadi naiktaraf ke 42 km.

Sebab dah ketakutan ni, mulalah program untuk membolehkan berlari sejauh 42 km atau 7 jam. Sendiri yang merancang, sendiri yang rasa berbelah bahagi sebab macam tak masuk akal. Tapi, disebabkan dengan kedegilan dan ego bila dah buat keputusan, apa apa pun jalan.

Mula 5 Julai 2016, naik atas treadmill dan mula berlari. Mula mula jalan dulu, lepas tu jalan lagi. Untuk tidak terlalu overwhelmed, rancangan dipecahkan kepada 100 hari pertama. Dengan jadual untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan Sara yang belum boleh ditinggal, jalan penyelesaian terbaik adalah treadmill. untuk 100 hari pertama, memang tak boleh langsung nak mula latihan beban. Sebab rasa berat sangat. Buat buat berhenti. Bila dah berhenti memang susah nak mula balik.
Tamat 100 hari pertama pada 21 Oktober 2016. Macam tak ada kesan apa-apa tapi adalah juga perubahan yang boleh dibanggakan.

1. Dapat juga selesaikan 256 km dalam 100 hari.
2. Mula juga latihan beban buat pemanasan.
3. Yoga juga dah masuk dalam jadual.

Masuk tahap 100 hari kedua. Badan dah semakin biasa dengan senaman, tapi makanan masih ikut suka hati. Walaupun dah boleh lari 5 km tapi cuma pada 9 km/j. Jadilah buat permulaan. Lagipun latihan untuk naik ke Rebro semakin giat. Perancangan akhirnya jadi pada 31 Oktober 2016 selepas begitu banyak halangan. Masa naik memang takde masalah, cuma fitness masih belum seperti yang saya mahukan. Tapi, semasa turun memang mengasyikkan betul. Saya dapat berlari non stop bermula di KM 4 pada jam 2 petang dan sampai di Pintu Timpohon pada jam 3.40 petang. Tak sangka betul, tetapi semua latihan yang saya buat agak berkesan juga.

Bulan 11 dapat sempurnakan 161 km (100 miles) dan jumlah keseluruhan tahap kedua yang tamat pada 1 Feb 17 berjumlah 383 km. Jadilah, tapi saya dah mampu berlari di jalan rata selama 50 minit tanpa berhenti. Dan lebih banyak latihan beban secara konsisten.

Masalahnya, berat tak turun. Bila periksa semula, memang latihan yang terlampau menumpukan pada kardio akan menyebabkan plateau. Sebab itulah berat tak turun.

SEKALI LAGI. Nak CERGAS atau nak KURUS???

Jawapannya:

Kena juga turunkan berat kerana BMI terlebih, risiko kesihatan.
Kena turunkan Hip to Waist Ration, sebab Visceral Fat punca segala macam penyakit.

Oleh itu, sekarang sedang berehat 5 hari untuk fokuskan semula goals dan betulkan semua perlaksanaan. Susah bila jadi wanita terlampau sukakan kardio. Satu lagi, cari kawan. Taklah bosan sangat.

No comments:

Followers