My Sweetheart ~ Maya and Aqeela
Saya tidak anti lelaki dan mempunyai rasa hormat yang mendalam pada ayah saya. Cuma sejak akhir-akhir ini saya berjumpa dengan ramai orang yang merasakan bahawa seorang lelaki adalah ciptaan Allah yang terbaik dan tidak boleh dipertikaikan oleh perempuan.
Tapi saya merasakan dunia yang ditadbir oleh lelaki ini tidaklah sesempurna mana. Jadi, lelaki juga tidaklah sesempurna yang dirasakan mereka. Saya sebagai perempuan adalah manusia yang tidak sempurna. Tidak cuba membuktikan saya sempurna kerana saya perlukan lelaki untuk hidup dan bersama saya di muka bumi ini.
Kadangkala saya merasa mahu melawan. Tetapi apa gunanya berhadapan dengan orang yang tidak boleh menerima kenyataan. Saya bersyukur kerana dikurniakan dengan soul mate yang memahami diri saya dan mempunyai rasa hormat yang tinggi pada perempuan. Semoga kami menjadi lelaki dan wanita yang memahami peranan masing-masing dan bukan cuba menegakkan ego setinggi langit.
Syukur Allah kerana kurniaannya...
0 comments:
Post a Comment