Thursday, February 23, 2017

Pilihan Terbaik, Cergas atau Kurus?

Disebabkan selepas melahirkan Sara, malas sangat rasanya nak bersenam. Rasa tertekan dengan bermacam-macam benda dan sibuk mengumpul alasan untuk berehat. Daripada 94.5 kg tahun 2013, turun ke 80 kg selepas berpantang dan turun ke 72 kg yang mana macam tak mahu bergerak gerak.

Jadi lepas Raya tahun 2016 (dalam bulan 6), gatal tangan daftarkan diri untuk Full Marathon Borneo International Marathon (BIM). Lagipun bak kata pepatah, FIND A DREAM THAT SCARES YOURSELF. Nampaknya setakat 21 km dah tak menakutkan, jadi naiktaraf ke 42 km.

Sebab dah ketakutan ni, mulalah program untuk membolehkan berlari sejauh 42 km atau 7 jam. Sendiri yang merancang, sendiri yang rasa berbelah bahagi sebab macam tak masuk akal. Tapi, disebabkan dengan kedegilan dan ego bila dah buat keputusan, apa apa pun jalan.

Mula 5 Julai 2016, naik atas treadmill dan mula berlari. Mula mula jalan dulu, lepas tu jalan lagi. Untuk tidak terlalu overwhelmed, rancangan dipecahkan kepada 100 hari pertama. Dengan jadual untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan Sara yang belum boleh ditinggal, jalan penyelesaian terbaik adalah treadmill. untuk 100 hari pertama, memang tak boleh langsung nak mula latihan beban. Sebab rasa berat sangat. Buat buat berhenti. Bila dah berhenti memang susah nak mula balik.
Tamat 100 hari pertama pada 21 Oktober 2016. Macam tak ada kesan apa-apa tapi adalah juga perubahan yang boleh dibanggakan.

1. Dapat juga selesaikan 256 km dalam 100 hari.
2. Mula juga latihan beban buat pemanasan.
3. Yoga juga dah masuk dalam jadual.

Masuk tahap 100 hari kedua. Badan dah semakin biasa dengan senaman, tapi makanan masih ikut suka hati. Walaupun dah boleh lari 5 km tapi cuma pada 9 km/j. Jadilah buat permulaan. Lagipun latihan untuk naik ke Rebro semakin giat. Perancangan akhirnya jadi pada 31 Oktober 2016 selepas begitu banyak halangan. Masa naik memang takde masalah, cuma fitness masih belum seperti yang saya mahukan. Tapi, semasa turun memang mengasyikkan betul. Saya dapat berlari non stop bermula di KM 4 pada jam 2 petang dan sampai di Pintu Timpohon pada jam 3.40 petang. Tak sangka betul, tetapi semua latihan yang saya buat agak berkesan juga.

Bulan 11 dapat sempurnakan 161 km (100 miles) dan jumlah keseluruhan tahap kedua yang tamat pada 1 Feb 17 berjumlah 383 km. Jadilah, tapi saya dah mampu berlari di jalan rata selama 50 minit tanpa berhenti. Dan lebih banyak latihan beban secara konsisten.

Masalahnya, berat tak turun. Bila periksa semula, memang latihan yang terlampau menumpukan pada kardio akan menyebabkan plateau. Sebab itulah berat tak turun.

SEKALI LAGI. Nak CERGAS atau nak KURUS???

Jawapannya:

Kena juga turunkan berat kerana BMI terlebih, risiko kesihatan.
Kena turunkan Hip to Waist Ration, sebab Visceral Fat punca segala macam penyakit.

Oleh itu, sekarang sedang berehat 5 hari untuk fokuskan semula goals dan betulkan semua perlaksanaan. Susah bila jadi wanita terlampau sukakan kardio. Satu lagi, cari kawan. Taklah bosan sangat.

Tuesday, October 18, 2016

Why We Must Keep On Learning

Salam Aidilfitri, tahun ini antara tahun yang paling meriah kami sambut raya. Seingat aku, kali terakhir kami dapat berkumpul adalah tahun 2012. Masa itu, aku masih dalam perkhidmatan dan banyak bergantung dengan pembantu rumah.

Memang seronok apabila semua orang dapat ada sama-sama dan kami dapat berbincang,  ketawa dan anak-anak dapat bermesra dengan sepupu masing-masing. Memang meriah dan penuh rumah dengan gelak ketawa. Seronok tengok mak ayah gembira sangat.

Cuma ada beberapa pemerhatian yang kami perlu laksanakan untuk tahun-tahun yang akan datang. Iyelah, mak ayah dah semakin tua, tenaga dah tak seperti dulu. Mak memang nak masak laju-laju, sedap-sedap dan tunaikan semua permintaan. Tapi, bila dah petang mak mula penat sampai nak marah. Sebenarnya aku pun macam tu. Awal pagi ni ada motivasi untuk bekerja keras, jadi mulalah buat semua kerja. Bila sampai tengahari, tenaga dah takde, jadi makin penat.

Dengan persiapan rumah, makanan raya dan keadaan kami yang ramai memang huru hara. Lagi dengan berjalan, pada umur 65 tahun (Ayah) dan 62 tahun (Emak) memang perlukan fasa yang lebih perlahan dan take it slow and steady. Apapun, semua berjalan lancar dan kami semua gembira.

Cuma beberapa perkara yang anak-anak kena ingat bila kita berkumpul lagi , inshaa Allah jika diberikan rezeki untuk beramai-ramai berkumpul lagi.

1. Persediaan ketupat, ketupat palas, kuih muih, kek dah boleh diambil alih oleh anak-anak. Tahun ni kami buat ketupat palas untuk hari raya pertama dalam gelap sebab tiba-tiba blackout. Nasib la jadi juga walaupun tak perfect. Tambah dengan lontong yang dibeli sebanyak 5 ketul besar, alhamdulillah cukup. Tambah dengan kuah lodeh, kuah kacang , serunding kelapa dan ayam rendang.

Hari Raya Kedua, burung puyuh goreng rangup dengan nasi arab.

Untuk hari raya ketiga, kami buat ketupat nasi, lamb varuval,kuah kacang, sambal jawa dan ayam kampung masak merah. Jadi bayangkan penatnya emak. Kami bantu buat ketupat palas, ketupat nasi, lamb varuval dan aku bawa kek buah, kek lapis masam manis dan kek lapis Cadbury dari Sabah.

Sempat buat New York Cheesecake untuk hari jadi aku, Laily ngan Hairol. Takde potong kek, cuma buat dan ajak makan kek jer 😊😊. Cuma kena belajar buat kuah kacang sebab air tangan mak memang tak boleh lawan. Tak menjadi lagi. Asnah bawak balik kuih raya yang sedap. Singgah ambil ayam kampung 5 ekor kat kampung ibu di Melaka. Memang win dapat makan ayam kampung.

2.  Belanja raya pun boleh dirancang awal. Harga daging memang dashyat sekarang ni. Kat Johor, sekilo sampai RM 32 masa raya. Kambing RM 25 sekilo (yang import). Daun palas dah RM 5 seikat, burung puyuh dah RM 28 untuk 10 ekor. Tambah sana sikit, kalau boleh buat tabung mesti akan mudahkan mak ayah. Bukanlah masalah duit, tapi seronok tengok mak ayah tarik nafas lega anak-anak dah pandai aturkan semua ni. Bila dah ramai, air mineral pun elok beli siap-siap.

3. Tolong uruskan dapur dan baju-baju. Mak ni memang rajin sangat. Pantang tengok ada kerja tak siap, terus pergi buat. Lagi-lagi lepas jerit kat Laily . Lepas tu mak memang kepenatan dan sedih jer muka mak.

Apapun, kami semua dah besar dan ada anak-anak sendiri. Satu hari nanti, akan tiba giliran anak-anak pula balik beraya rumah kami jika ada rezeki. Jadi, bila semua dah pandai masak apa yang mak masak, boleh masak sendiri bila teringin. Sebab iyerla, selera suami tak sama dengan isteri. Jadi akan ada fusion selera yang berbeza. Dengan palate anak-anak yang berubah, mungkin susah dah nak dapat rasa apa yang kita suka makan . Jadi, memang satu perkara positif bila dah pandai masak sendiri apa yang kita suka.

Bukanlah berniat untuk menceritakan pada semua orang, tapi memanglah sukar untuk menerima hakikat dan berubah. Tapi, setiap kali kita mencuba sesuatu yang baru, ada ganjaran yang menunggu. Sesungguhnya marilah kita ambil kesempatan untuk berbakti kepada mak ayah sementara mereka masih ada. Tidak akan kita dengar mereka meminta-minta, namun marilah kita sama-sama mendengar dan berusaha menggembirakan mereka.

Kenapa?

Kerana doa mak ayah adalah talian hayat kita sementara mereka masih ada. 😊😊😊😍.

Saturday, March 26, 2016

Resepi : New York Cheesecake

Sempena Anniversary yang ke 10 hari tu, buat New York Cheesecake yang guna 750 gram cream cheese. Amik, dekat sekilo. Tapi kek ni heavennya la hai. Masam, manis, tangy, cheesey, creamy dan chewy sebab ada parutan lemon dalam tu. Sedap yang amat, boleh cuba. Resepi amik daripada geng Masak Apa Hari Ni. Memang menjadi, meh cuba.


1. Bahan-bahan yang diperlukan. Untuk kerak saya gunakan biskut Digestive.Untuk keseluruhan kek saya campurkan cream cheese Tatura dan Philadelphia.

2. Untuk teknik waterbath, saya gunakan loyang empat segi yang diisi air dan letakkan rak kuali AreIkan untuk pegang loyang kek.

3. Kerak yang telah dicampur dengan butter cair, saya tekan ke dalam loyang kek 9 inci (23 cm) dan bakar selama 10 minit pada suhu 160 darjah Celcius.











 4. Proses menghasilkan kek. Pukul pun manja-manja je. Tapi sebab takde gula kaster sy gunakan gula biasa yang dikisar halus.

4. Bakar pada suhu 160 degree Celcius selama 80 minit, dan naikkan suhu kepada 170 degree Celcius untuk tambahan 10 minit.

5. Biarkan kek sejuk di dalam ketuhar selama 1 jam supaya permukaan kek tak merekah.

 





6. Biarkan sejuk di luar selama 2 jam. Masukkan ke dalam peti ais supaya sejuk dan lebih sedap.

7. Untuk potong, gunakan pisau yang dicelup ke dalam air panas. Barulah cantik potongannya.
Bahan A (Kerak)
200 gm biskut Marie/ Digestive
80 gm butter (dicairkan)

Cara Buat Kerak
Ramas atau hancurkan biskut menggunakan tangan atau food processor bersama butter yang telah dicairkan. Alaskan loyang dengan kertas minyak, masukkan adunan tadi dan tekan-tekan sehingga rata dan nipis melitupi semua bahagian. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah Celcius selama 10 minit.

Bahan B
750 gram cream cheese (pada suhu bilik)
130 gm gula kastor
30 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
1 biji lemon (disagat kulitnya)
2 sudu besar jus lemon
2 biji telur Gred B
1 biji kuning telur
150 gram sour cream @ plain yogurt

  


Cara-caranya
1. Pukul cream cheese & gula sehingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum, esen vanila, kulit lemon dan jus lemon. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan kuning telur & 2 biji telur tadi dan gaul sebati.Pastikan cream cheese tidak berketul-ketul.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang tadi.
5. Bakar menggunakan teknik water bath pada suhu 160 degree Celcius selama 80 minit, naikkan suhu kepada 170 degree Celcius dan bakar lagi selama 10 minit untuk dapatkan hasil keperang-perangan di bahagian atas.
6. Apabila kek sudah siap dibakar, biarkan sejuk di dalam ketuhar selama 1 jam. Biarkan pintu ketuhar renggang sedikit. 
7. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
8. Masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan.

Potong gunakan pisau yang dicelup air panas.

Nota:

Resepi ini adalah daripada sahabat di group Facebook Masak Apa Hari Ini. Cuma saya terlupa nak save


Hasilnya sangat membanggakan. Boleh buat lagilah lepas ni.

Friday, March 25, 2016

Racun...Jangan Makan Itu!!!

Sekarang ni tengah hype dengan pasal gula itu racun. Jangan makan gula langsung untuk sihat. Vaksin itu racun. Kalau dulu makan lemak banyak itu merbahaya. Apa masalahnya ye sebenarnya?

Kalau tanya aku, apapun yang kita makan kalau berlebihan memang jadi racun. Tapi kalau dimakan dalam kadar yang sederhana dan diperlukan badan takkan jadi masalah. Gunakan tubuh badan seperti yang Allah ciptakan. Buat semua kerja yang memerlukan kita bergerak dan mengeluarkan peluh. Jangan parking kereta depan pintu rumah, nak gi kerja naik kereta letak depan pintu pejabat. Kalau boleh tak mau jalan langsung. 


Read more about this girl Kris Carr, cancer survivor di sini, http://kriscarr.com/

Sekarang ni kat FB pun ada cadangan nak bina drive through shopping mall. What ??? Nak bagi makin malas dan makin banyak tanah diguna buat shopping mall. Nak tanam pokok kat mana? Nak cari oksigen kat mana? Dahlah dunia makin panas, suhu dah dekat 40 degree Celcius kat sejak akhir-akhir ni. Aku cuma boleh geleng kepala.

Tahu tak yang gula tu ada di semua tempat.Makanlah dengan sederhana. Baru-baru ini nasi lemak pun dah di declare sebagai sihat. Tapi janganlah hentam nasi membumbung sampai kucing takleh lompat tambah telur mata, ayam goreng berempah, paru pedas, sambal udang, sotong goreng tepung, bilis goreng dan segala macam lauk-pauk. Setakat nasi lemak RM 2 tu memang sihat untuk badan dan dompet.  Jadi berpada-padalah, banyakkan membaca artikel yang sahih. Tak salah nak mengawal tetapi janganlah berlebihan sampai buang-buang makanan sebab katanya racun.

Food is your medicine.
Food is your poison .
Choose wisely. 

 




Wednesday, March 23, 2016

Kesan Percubaan Makan Banyak Sayur

Untuk membolehkan metabolisma badan pulih dan lemak dapat dibakar dengan sempurna, aku banyak makan sayur sejak bulan Feb 16. Sangat kurang makan di luar, kalau makan pun samada di Chicken Rice Shop dengan sayur yang banyak, Dubuyo sebab ada kimchi dan supnya, KFC sebab proteinnya tapi di dalam portion yang terkawal.

Hari ni rasanya penatnya lah dengan cuaca yang sangat mencabar. Jadi sebab. Makin stress, ambik satu hari cuti dan gi makan Secret Recipe. Order nasi ngan ayam blackpepper,yang ni memang sedap dan ok khasiatnya . Makan kongsi 3 orang. Dan tomyam kung ngan udang. Chocolate ice blended ngan kek choc fudge lagi.

Tapi itulah, kelebihan makan di rumah dan ubah style pemakanan dengan melebihkan makan sayur macam ulam ulaman dan masak sendiri akan ubah taste bud kita. Dulu kalau setakat tomyam kung tu kacang jer nak abiskan. Hari ni rasa pedasnya la hai 😬😬.


Rindu ngan kerangupan sayur mentah, buah-buahan yang memang banyak air dan portion yang tak keterlaluan. Semoga kekal istiqamah ngan usaha untuk lebih sihat di masa yang akan datang.

Bukan diet, tapi cara hidup.
Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Lebihkan yang segar, kurangkan yang diproses.
Biar sikit tapi berterusan.

Followers